Bengkel PBS dan LADAP PLC

Pada 16 Febuari 2019 telah telah diadakan taklimat PBS dan LADAP PLC di SKPK Taiping. Taklimat dan LADAP ini diadakan di dalam PSS dan disertai oleh semua guru-guru di SKPK Taiping. Taklimat PBS ini disampaikan oleh Pn Zarina daripada unit PPD Larut Matang dan Selama dan bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam…

Program Jom Ke Sekolah

Pada 18 Feb 2019 telah berlangsung Program jom Ke Sekolah pada pukul 7.30 pagi sehingga 8.15 pagi. “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan” Antara matlamat program ini ialah Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah. Mengelakkan berlakunya gejala negatif. Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar. Meningkatkan pencapaian akademik pelajar

Latihan kebakaran

Hari khamis 14 Febuari 2019 – Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping telah mengadakan latihan kebakaran yang pertama untuk tahun ini. Loceng berserta lampu berwarna merah akan dibunyikan sebanyak tiga kali untuk menandakan amaran kebakaran di sekolah. Untuk pengetahuan semua, murid-murid yang mempunyai sisa pendengaran mampu untuk mendengar bunyi loceng amaran kebakaran manakala murid yang pekak…

Kelas Bahasa Isyarat

Pada 14 Febuari 2019 telah diadakan kelas bahasa isyarat di Pusat Sumber SKPK Taiping. Kelas ini dibuka kepada ibu bapa yang ingin mempelajari bahasa isyarat supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih lancar dengan anak-anak mereka.

Kejohanan Tenpin Boling MSSD bahagian Larut Matang dan Selama

Pada 12 dan 13 Febuari 2019 telah diadakan Kejohanan Tempin Boling MSSD bahagian Larut Matang dan Selama anjuran Pejabat Pendidikan Daerah LMS. Kejohanan Tempin Boling ini bertempat di Winners Bowl, Taiping dan disertai oleh sekolah-sekolah di sekitar kawasan Taiping. SKPK Taiping telah menghantar dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan untuk mewakili sekolah…

Watikah Perlantikan

Pada 11 Febuari 2019 telah diadakan majlis watikah perlantikan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan Squad kelab pencegahan jenayah. tahniah kepada murid-murid yang telah dilantik. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat meningkatkan lagi kewibawaan murid-murid dalam mengalas tugas yang diberikan.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping

SKPK TAIPING Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping diasaskan penubuhannya pada tahun 1973 oleh Cik Cecilia S.P. Pareira. Kelas percantuman ini menjadi sebuah Sekolah Rendah Pendidikan Khas pada 1hb Mei 1988 dan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan King Edwards ke VII (2) Taiping (Sesi Petang) dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar dengan seorang pembantu Tadbir. Pada 2hb Disember…

Pendidikan Khas

Apa itu Pendidikan Khas? 1. Apa itu Pendidikan Khas?Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. 2. Berapakah tempoh belajar bagi murid-murid pendidikan khas?• Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun. • Tempoh belajar…

MENCANTING DAN MEWARNA BATIK

Kelab kebudayaan SKPK TAIPING mengadakan aktiviti mecanting dan mewarna batik. Aktiviti ini dilaksanakan pada 11 Julai 2018 bertempat di ruang legar pejabat SKPK TAIPING.