
Apa itu Pendidikan Khas?

Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002)
Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?
Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.
• Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
• Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
• Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)
Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?
• Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif.
• Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
• Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
• Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004)
Apa itu Sekolah Khas?
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.
Apa yang dimaksudkan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi
Program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa.
Apa yang dimaksudkan dengan Program Inklusif?
Pendekatan pendidikan di mana murid-murid pendidikan khas dan biasa belajar bersama di dalam satu kelas dan diajar oleh guru kelas biasa.
Apa yang dimaksudkan dengan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik?
Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran belajar khusus.
Siapakah yang dimaksudkan murid-murid berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran?
a. Sindrom Down
b. Autisme
c. Palsi Serebral
d. Hiperaktif
e. Hipoaktif
f. Tumpuan Perhatian Singkat (ADD/ADHD)
g. Kerencatan Akal
h. Masalah Emosi/Tingkah Laku
i. Masalah Komunikasi
j. Kerencatan Anggota
k. Pintar Cerdas/ Berbakat
l. Epilepsi
m. Disleksia
n. Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah