NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) adalah penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah . NILAM juga merupakan satu pendekatan untuk menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan murid Saksikan montaj tayangan program-program yang akan dijalankan pada tahun 2021 anjuran PSS SKPK Taiping . Selamat menonton https://fb.watch/3UakuNnkuT/
Tag: Program
BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2021
BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH Bulan Anti Dadah adalah salah satu usaha yang diwujudkan untuk memberi maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas tentang bahaya dadah, alkohol, rokok, bahan inhalan, vape dan HIV (DARVIH) seterusnya meningkatkan pengetahuan juga kesedaran dalam kalangan murid terhadap kesan buruk dadah pada Diri,Keluarga,Masyarakat dan Negara. Pelbagai pertandingan dan program sempena meraikan Hari…
Messy Play Week
Terapi merupakan kaedah-kaedah mengubati dan menangani penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Ia didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu murid-murid pendidikan khas bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran tertentu. Murid-murid pendidikan khas memerlukan terapi sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan sosialisasi. Program ‘Messy Play Week’ merupakan minggu aktiviti bagi…
PROGRAM MEWARNA BATIK 2020
Program Mewarna Batik diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda iaitu murid-murid SK Pendidikan Khas Taiping tentang seni canting batik yang merupakan warisan budaya kebanggaan masyarakat Melayu sekaligus bagi memastikan tradisi terbabit terus berkembang. PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 23 September 2020 Hari : Rabu Masa : 1.30 hingga 3.30 petang Tempat : Ruang Legar SKPK…
Bengkel Kerja Pengurusan Strategik Skpk Taiping Dan Majlis Perkhidmatan Cemerlang Skpk Taiping
12/9 : Pada hari ini telah berlangsung Bengkel Kerja Pengurusan Strategik Skpk Taiping Dan Majlis Perkhidmatan Cemerlang Skpk Taiping. Bengkel ini dilaksanakan di Hotel Taiping Perdana dan melibatkan seramai 23 orang guru SKPK Taiping. Antara tajuk yang diberi adalah Pengurusan Strategik yang disampaikan oleh guru besar SKPK Taiping dan Budaya Kerja Sepasukan oleh En Zainalabidin…
SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKPK TAIPING KE-63
KEMERIAHAN Sambutan Hari Kebangsaan di sekolah SKPK Taiping masih jelas kelihatan walaupun dalam situasi dilanda wabak covid19. Sambutan ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara secara tak langsung dapat diserapkan kepada anak pelajar melalui program-program seumpama ini. Jom kita tinjau apa aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang bulan…
Program ziarah cakna bulan ogos
Program Guru Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Program Ziarah Cakna dilaksanakan dengan berkonsepkan sekolah penyayang bagi…
🌱🍆Aktiviti semaian benih terung yang baru oleh murid-murid PKB Cemerlang SKPK Taiping 🍆🌱
Anak gadis rajin menyulamAnak teruna bermain serunaiHujung purnama kami menanamTengah purnama kami menuai 🌱🍆Aktiviti semaian benih terung yang baru oleh murid-murid PKB Cemerlang SKPK Taiping 🍆🌱#Seronoknyaberkebun
🏃🏃🏃MERENTAS DESA PERINGKAT LMS🏃🏃🏃
20/2 : 🏃🏃🏃Seramai 5 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah mengambil bahagian di dalam kejohanan merentas desa pendidikan khas peringkat daerah LMS tahun 2020. Seorang murid kami telah mendapat tempat ke lima di dalam acara merentas desa bagi kategori p12.Tahniah adik Dhia 💪 dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat
Program Watikah Perlantikan Pengawas dan majlis perasmian Program Ziarah Cakna
Isnin, 10 Feb 2020 : Telah berlangsung Program Watikah Perlantikan Pengawas dan majlis perasmian Program Ziarah CaknaTahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat